Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta terbalik dalam terowong CTE, pemandu dikejarkan ke hospital

Seorang lelaki dikejarkan ke hopsital apabila kereta yang dipandunya terbalik dalam terowong CTE, dekat jalan susur keluar Merchant Road pada tengah hari tadi (19 Nov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Nov 2017 08:06PM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 10:15PM

SINGAPURA: Seorang lelaki dikejarkan ke hopsital apabila kereta yang dipandunya terbalik dalam terowong CTE, dekat jalan susur keluar Merchant Road pada tengah hari tadi (19 Nov).

Saksi nahas itu, Melvin Lau berkata beliau sedang memandu di belakang kereta Kia Picanto pada sekitar 2.40 petang apabila ia terlanggar pembahagi jalan dan terbalik.

"Kereta tersebut dipandu dengan laju semasa ia membelok," kata Encik Lau. "Selepas kemalangan itu berlaku, kereta-kereta di belakang berhenti dan cuba mengelakkan kemalangan tersebut."

Pihak polis menyatakan pemandu berusia 45 tahun itu dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH).

Mediacorp difahamkan bahawa hanya pemandu itu yang berada dalam kereta berkenaan semasa kemalangan berlaku dan pemandu tersebut mengalami luka-luka. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan