Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kereta terbakar di Lornie Road, menyebabkan kesesakan trafik

Sebuah kereta terbakar di Lornie Road pagi tadi (18 Okt) yang menyebabkan kesesakan trafik. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2017 03:22PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 11:16PM

SINGAPURA: Sebuah kereta terbakar di Lornie Road pagi tadi (18 Okt) yang menyebabkan kesesakan trafik.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia menerima panggilan bantuan pada 9.18 pagi mengenai kejadian di Lornie Road menghala ke Upper Thomson. Pihaknya mengerahkan dua bomba dan sebuah motosikal ke tempat kejadian.

Kebakaran tersebut, yang berlaku di bahagian enjin kereta, dipadamkan SCDF menggunakan dua alat pancutan air.

Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan terhadap punca kebakaran masih dijalankan, menurut SCDF.

 

@ChannelNewsAsia Car caught fire along Lornie Road in Deepavali morning pic.twitter.com/eiyaHOlBLC

— Patrick Ng (@patng1402) October 18, 2017

Encik Patrick Ng, seorang penonton Mediacorp berkata kebakaran berlaku di depan rumahnya.

"Saya dengar bunyi letupan dan keluar dari rumah untuk melihat apa yang terjadi ... kereta tersebut dijilat api dan SCDF baru sahaja tiba," kata beliau kepada Mediacorp.

Menurutnya lagi, api berjaya dipadamkan dalam kurang 30 minit.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di dalam Twitternya menyatakan terdapat "halangan" di laluan tersebut pada 9.53 pagi. Dalam catatannya yang lain, ia menyatakan berlaku kesesakan trafik di PIE dan menasihati pengguna jalan raya untuk mengelakkan lorong paling kiri.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan