Images
  • Kereta dirempuh
    Kereta yang dirempuh treler di terowong PIE menghala ke Tuas. (Gambar: Facebook/Yan Gerek) 

Kereta dirempuh treler di terowong Tuas; mujur pemandu hanya cedera ringan

SINGAPURA: Seorang pemandu berusia 35 tahun terselamat dan hanya cedera ringan setelah keretanya dirempuh oleh sebuah treler di terowong Lebuh Raya Rentas Pulau (PIE) semalam (19 Apr).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden di PIE menghala ke Tuas itu sekitar pukul 3.00 petang.

Pemandu lelaki itu dikejarkan ke Hopsital Besar Ng Teng Fong. Kecederaan yang dialaminya dipercayai ringan.

Mediacorp difahamkan treler tersebut berada di lorong paling kiri terowong itu apabila kereta di depannya diperlahankan secara mendadak.

Bagi mengelak perlanggaran, treler itu dipercayai segera membelok ke lorong sebelah kanan menyebabkannya terlanggar kereta mangsa.

Menurut polis, tiada penangkapan dibuat menyusuli kemalangan tersebut.

- CNA/nk

Top
>