Images
  • mrt mental health
    MRT bertema dilancarkan di laluan Timur Laut bagi mengubah stigma sosial terhadap isu-isu kesihatan mental.

Kereta api bertema dilancar bagi ubah stigma sosial terhadap kesihatan mental

SINGAPURA: Sebuah kereta api MRT bertema dilancarkan di laluan Timur Laut hari ini (17 Jul) bagi mengubah stigma sosial terhadap isu-isu kesihatan mental.

Kereta api ini memaparkan kisah-kisah sebenar mereka yang mengalami masalah kemurungan, kebimbangan atau schizophrenia.

Menurut satu tinjauan oleh Institut Kesihatan Mental, ketiga-tiga masalah itu adalah tiga jenis penyakit mental yang paling banyak dialami di Singapura.

Datuk Bandar CDC Timur Laut, Desmond Choo yang melancarkan Kereta api bertema itu berharap projek selama empat minggu itu dapat mendekati sekitar 840,000 penumpang, untuk meningkatkan kesedaran mereka mengenai kesihatan mental. 

- CNA/im

Top