Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kenaikan gaji bagi kakitangan awam berpendapatan rendah

Sekitar 2,200 pekerja awam berpendapatan rendah akan menerima kenaikan gaji $60 hingga $80 pada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Mar 2015 04:53PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 08:59PM

SINGAPURA: Sekitar 2,200 pekerja awam berpendapatan rendah akan menerima kenaikan gaji $60 hingga $80 pada bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata langkah itu sebahagian daripada semakan tetap bagi memastikan gaji kekal berdaya saing.

Beliau berkata demikian semasa membahaskan peruntukan bagi Pejabat Perdana Menteri di Parlimen hari ini.

Encik Teo berkata sepanjang tiga tahun yang lalu, para pegawai Divisyen IV menerima kenaikan gaji $60 hingga $70 setiap tahun.

Beliau, yang juga menteri bertanggungjawab bagi perkhidmatan awam, berkata ia sebagai menyokong saranan Majlis Gaji Kebangsaan.

Maka itu, jika diambil kira penyesuaian tetap gaji perkhidmatan awam, para pekerja bergaji rendah menerima penyesuaian gaji sekitar $300 hingga $330 secara keseluruhannya antara 2012 hingga 2014.

Jumlah itu, iaitu pertambahan 25 peratus dalam gaji bulanan pekerja, tidak termasuk kenaikan gaji tahunan mereka.

SISWAZAH, BUKAN SISWAZAH DIAMBIL KERJA DI BAWAH SKIM KERJAYA SAMA

Encik Teo juga mengumumkan bahawa mulai Ogos ini, para siswazah dan bukan siswazah akan diambil kerja di bawah skim kerjaya yang sama.

Skim Eksekutif Pengurusan sedia ada bagi siswazah, akan dilanjutkan kepada pekerja bukan siswazah.

Dengan lanjutan skim itu, pekerjaan dan tanggungjawab akan direka semula agar Perkhidmatan Awam dapat memanfaatkan sepenuhnya kebolehan dan potensi para pegawai di sini.

Ini bermakna kedua-dua golongan pekerja itu akan diletakkan dalam laluan kerjaya yang sama di mana prestasi dan potensi mereka akan dinilai dalam cara yang sama. 

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan