Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemalangan di tapak kerja PIE: keadaan 1 pekerja semakin teruk

Keadaan salah seorang daripada pekerja yang dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) setelah terlibat dalam kemalangan di tapak kerja PIE di Upper Changi Road East, kini semakin teruk.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan di tapak kerja PIE: keadaan 1 pekerja semakin teruk

Tapak kerja berdekatan PIE, di mana terdapat jejambat roboh, 14 Jul. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 20 Jul 2017 11:13PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 11:14PM

SINGAPURA: Keadaan salah seorang daripada pekerja yang dimasukkan ke unit jagaan rapi (ICU) setelah terlibat dalam kemalangan di tapak kerja PIE di Upper Changi Road East, kini semakin teruk.

Demikian menurut Or Kim Peow (OKP) hari ini (20 Jul), iaitu kontraktor yang menyelia projek tersebut.

Keadaan Gao Li Qin, 49 tahun, kakitangan syarikat Tongda Construction and Engineering yang berasal dari China, semakin teruk siang tadi dan sekarang sedang menjalani pembedahan, menurut OKP.

Firma itu menambah pihaknya sudah menguruskan untuk membawa keluarga Gao ke Singapura untuk menziarahinya.

Dua anggota keluarga Gao tiba di Singapura pagi tadi, menurut OKP, sambil menambah syarikat itu akan terus menguruskan tempat tinggal, pengangkutan dan perbelanjaan berkaitan, sepanjang mereka berada di Singapura.

Gao merupakan salah seorang daripada pekerja yang dimasukkan ke ICU selepas kemalangan tersebut.

Seorang lagi pekerja, Barek Mohammed, 25 tahun, sudahpun dipindahkan dari ICU ke Unit Rawatan Separa Rapi (High Dependency Unit), menurut OKP, sambil menambah ia akan terus memantau keadaan Barek.

Seorang pekerja maut manakala 10 yang lain cedera dalam kemalangan yang berlaku awal pagi Jumaat (14 Jul).

Seramai enam anggota keluarga Chen Yinchuan, iaitu pekerja yang meninggal dunia, sedang dalam penerbangan ke Singapura dan OKP akan menyediakan semua bantuan dan sokongan yang diperlukan, menurut Pengarah Urusan Kumpulan syarikat itu, Or Toh Wat.

Firma itu menambah pihaknya akan terus menguruskan soal kehilangan mata pencarian bagi kakitangan yang cedera, sepanjang tempoh pemulihan mereka.

Enam pekerja yang cedera masih lagi dirawat di wad Hospital Besar Changi (CGH). 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan