Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kemalangan CTE libatkan ambulans - 4 orang cedera

Sebuah ambulans adalah antara beberapa kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) hari ini (21 Apr), di mana empat orang cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Kemalangan CTE libatkan ambulans - 4 orang cedera

Antara kenderaan terlibat dalam kemalangan termasuk sebuah teksi dan kereta. (Gambar: Eliza Khor)

Diterbitkan : 21 Apr 2017 05:31PM Dikemas Kini : 21 Apr 2017 05:32PM

SINGAPURA: Sebuah ambulans adalah antara beberapa kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) hari ini (21 Apr), di mana empat orang cedera.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya dimaklumkan pada 1.15 tengah hari bahawa sebuah ambulansnya yang dikendalikan pengendali privet terlibat dalam kemalangan itu di CTE menghala ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) sebelum jalan susur keluar Balestier.

Ambulans berkenaan sedang menghantar seorang budak lelaki kecil ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) apabila ia terlibat dalam kemalangan tersebut, kata seorang jurucakap.

Pasukan paramedik serta merta memeriksa dan mendapati budak lelaki itu dalam keadaan stabil dan sedarkan diri menyusuli kemalangan itu.

Tiga lagi ambulans dikerahkan ke tempat kejadian, termasuk sebuah ambulans yang membawa budak lelaki itu ke KKH, tambah SCDF.

Kemalangan pelbagai kenderaan itu juga melibatkan sebuah teksi Comfort DelGro dan sebuah kereta berwarna putih.

Mereka berada dalam keadaan "stabil serta sedarkan diri", dan dihantar ke Hospital Tan Tock Seng, menurut SCDF. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan