Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelengahan NSL tiada kaitan dengan projek isyarat baru

Para penumpang mengalami kelengahan di laluan Utara-Selatan (NSL) SMRT pada waktu sibuk sebelah pagi hari ini (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kelengahan NSL tiada kaitan dengan projek isyarat baru

Gambar fail MRT di Singapura. (Gambar: ROSLAN RAHMAN/AFP)

Diterbitkan : 23 Aug 2017 10:17AM Dikemas Kini : 23 Aug 2017 10:22AM

SINGAPURA: Para penumpang mengalami kelengahan di laluan Utara-Selatan (NSL) SMRT pada waktu sibuk sebelah pagi hari ini (23 Ogos).

Pada 7.23 pagi, pengendali kereta api SMRT menulis di Twitter bahawa 'penumpang harus menambah 15 minit kepada perjalanan mereka apabila menaiki kereta api dari Yew Tee ke Jurong East. Ini disebabkan kerosakan landasan "yang tiada kaitan dengan projek isyarat baru," menurut catatan Twitter itu.

Namun, para penumpang mula memberikan komen di laman Facebook Channel NewsAsia dengan melaporkan bahawa perjalanan mereka mengambil masa yang lebih lama.

Seorang pengguna Facebook, yang menggunakan nama Iam Siti Rahimah, mengatakan bahawa beliau sudah menaiki kereta api di stesen MRT Choa Chu Kang selama lebih 40 minit, dari jam 7.10 hingga 7.50 pagi.

Seorang lagi penumpang, Dean Jeay, mengatakan beliau mengambil masa lebih 40 minit dari Yew Tee ke Jurong East.

Pada 8.13 pagi, SMRT memaklumkan bahawa perjalanan dari Yew Tee ke Jurong East ditambah lagi 10 minit, dan pada 8.53 pagi, ia menyatakan khidmat kereta api kembali beroperasi seperti biasa.

Sumber : CNA/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan