Images
  • mrt train
    Gambar fail kereta api SMRT. (Gambar: Joey Liew)

Kelengahan NSL gara-gara masalah teknikal di Toa Payoh

SINGAPURA: Para penumpang di Laluan Utara-Selatan pagi tadi (14 Nov) terjejas dengan khidmat kereta api yang tertangguh pada waktu sibuk, dengan beberapa stesen mengumumkan tentang masalah kereta api berdekatan Toa Payoh.

Seorang pengguna Facebook, WB LM, mengatakan di lamannya bahawa beliau menaiki kereta api di Sembawang sebelum jam 6.40 pagi dan khidmat SMRT berjalan lancar. Namun, kereta api berhenti buat tiga hingga lima minit di setiap stesen. Beliau tiba di Khatib pada sekitar 6.53 pagi. Masa yang diambil dalam perjalanan antara dua stesen itu biasanya hanya mengambil masa enam minit, seperti yang dianggarkan di laman TransitLink.

Terdapat penangguhan selama sekitar 15 minit bagi perjalanan dari Yishun hingga ke City Hall, tambah beliau.

WB LM juga mengatakan bahawa ada kebocoran air di dua bahagian dalam gerabak kereta api yang dinaikkinya.

Penangguhan itu berlarutan buat lebih dari satu jam, dengan ramai penumpang yang berkongsi tentang kejadian ini di platform media sosial.

Sehingga jam 8.50 pagi tadi, SMRT masih belum memberi sebarang perkembangan tentang masalah kereta api di media sosialnya.  

- CNA/AQ/aq

Top