Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kelab baru SAFRA bakal dibuka di Choa Chu Kang

Lebih 90,000 anggota tentera perkhidmatan negara dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan barat laut akan mempunyai sebuah kelab SAFRA yang baru di Taman Choa Chu Kang.

Anggaran Waktu Membaca:
Kelab baru SAFRA bakal dibuka di Choa Chu Kang

Lakaran SAFRA Choa Chu Kang. (Gambar: SAFRA)

Diterbitkan : 28 May 2017 07:33PM Dikemas Kini : 28 May 2017 08:28PM

SINGAPURA: Lebih 90,000 anggota tentera perkhidmatan negara dan keluarga mereka yang tinggal di kawasan barat laut akan mempunyai sebuah kelab SAFRA yang baru di Taman Choa Chu Kang.

Pembinaan kelab SAFRA terbaru itu diumumkan oleh Presidennya yang juga Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung di majlis penghargaan perkhidmatan negara di Kelab Masyarakat Keat Hong siang tadi (28 Mei).

Kelab baru itu, yang ketujuh di negara ini, akan mempunyai pelbagai kemudahan riadah dan restoran untuk memenuhi keperluan gaya hidup anggota-anggota NS dan keluarga mereka.

Ciri-ciri menariknya termasuk sebuah kolam renang yang mempunyai pemandangan sekitar taman, sebuah tempat berlari dan taman permainan bertemakan alam semula jadi untuk menggalakkan kanak-kanak menghargai alam sekitar.

Mr Ong berkata, kelab SAFRA baru itu akan disepadukan dengan kemudahan dan program Taman Choa Chu Kang untuk menjadikannya tempat pertemuan lebih menarik untuk rakyat.

Majlis penghargaan ini pula adalah sebahagian daripada kegiatan memperingati 50 tahun Perkhidmatan Negara (NS50) di Singapura. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan