Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kejayaan S'pura "pengajaran amat berharga" bagi Vietnam

Kejayaan Singapura adalah satu "pengajaran yang amat berharga" bagi pembangunan dan pertahanan Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Aug 2016 01:06PM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 08:39PM

SINGAPURA: Kejayaan Singapura adalah satu "pengajaran yang amat berharga" bagi pembangunan dan pertahanan Vietnam, kata Presiden Tran Dai Quang yang sedang dalam rangka lawatan ke Singapura.

Semasa berucap di Ceramah Singapura ke-38 pada Selasa (30 Ogos) yang dianjurkan oleh Institut Pengajian Asia Tenggara (ISEAS) - Institut Yusof Ishak, Encik Quang berkata matlamat Vietnam adalah untuk belajar dari kejayaan Singapura, khususnya dalam bidang perancangan, dasar yang mengutamakan pelaburan dalam bidang sains dan teknologi serta pendidikan dan latihan, serta penggunaan tenaga kerja bermutu tinggi bagi pembangunan yang berkembang pesat dan mampan.

Encik Quang yang dalam rangka lawatan negara selama tiga hari di Singapura turut mendedahkan bahawa Vietnam amat berbesar hati melihat persahabatan antara Singapura dan Vietnam bertambah erat dan kukuh bagi kerjasama dalam pelbagai bidang sejak hubungan diplomatik terjalin sejak 1973.

"Singapura adalah salah satu daripada tiga negara dan wilayah yang melabur di Vietnam dan Taman Perindustrian Vietnam-Singapura sudah menjadi lambang kejayaan kerjasama yang menjadi kepentingan dan manfaat kedua-dua negara," kata beliau.

"Berpuluh-puluh ribu kakitangan awam dan pelajar yang mendapat latihan di Singapura menyumbang besar kepada pembangunan negara kami serta persahabatan antara Vietnam dan Singapura."

Mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, Presiden Quang berkata kedua-dua negara mengongsi kepentingan bersama, iaitu membangunkan ASEAN yang kukuh, sistem kerjasama yang diyakini dan memastikan "masyarakat antarabangsa terus menghormati dan mematuhi undang-undang antarabangsa".

Ceramah hari ini adalah Ceramah Singapura yang pertama disampaikan oleh seorang pemimpin Vietnam.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan