Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kecederaan melibatkan warga tua meningkat pada 2017, meski jalan raya lebih selamat

Jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki warga tua yang mengakibatkan kecederaan naik sedikit kepada 118 pada separuh pertama 2017 berbanding 112 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kecederaan melibatkan warga tua meningkat pada 2017, meski jalan raya lebih selamat

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 20 Aug 2017 09:08AM Dikemas Kini : 20 Aug 2017 09:13AM

SINGAPURA: Jumlah kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki warga tua yang mengakibatkan kecederaan naik sedikit kepada 118 pada separuh pertama 2017 berbanding 112 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu.

Memberikan statistik kemalangan jalan raya dalam laporan pertengahan tahun pada Sabtu (19 Ogos), polis trafik menyatakan peningkatan pada jumlah kemalangan yang melibatkan warga tua adalah satu keprihatinan, meskipun kematian yang melibatkan pejalan kaki warga tua turun sedikit.

Seramai 11 pejalan kaki warga tua terkorban dalam kemalangan maut pada enam bulan pertama 2017 berbanding 12 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Pejalan kaki warga tua harus menggunakan lintasan pejalan kaki untuj menyeberangi jalan raya dengan selamat, dan harus mengelakkan diri daripada menyeberang jalan yang menyalahi undang-undang," menurut polis trafik.

Walaupun kematian yang melibatkan penunggang motosikal merosot kepada 24 bagi enam bulan pertama 2017 - berbanding 32 tahun lalu - penunggang motosikal membentuk hampir 40 peratus daripada keseluruh kematian dalam tempoh itu.

Mengulas mengenai isu tersebut di pelancaran Singapore Ride Safe 2017, Encik Amrin Amin, Setiausaha Parlimen Ehwal Dalam Negeri berkata: "40 peratus adalah jumlah yang besar. Ini juga bermakna hampir satu penunggang motosikal yang kehilangan nyawanya di jalan raya Singapura setiap minggu."

Trend-trend yang serupa dapat dilihat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada penunggang motosikal, dengan 2,141 pada separuh pertama 2017, berbanding 2,172 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Secara keseluruhannya, keadaan keselamatan jalan raya bertambah baik pada separuh pertama 2017, dengan penurunan pada jumlah kemalangan yang membawa maut, terus merosot sejak 2012.

"Jalan raya kami pada umumnya lebih selamat berbanding sebelum ini," kata Encik Amin, yang juga Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan.

"Tetapi setiap satu kematian jalan raya adalah jumlah yang banyak, dan di sebalik setiap kematian terdapat keluarga yang sedih atas nahas yang berlaku."

Jumlah korban trafik berkurangan sebanyak 7.6 peratus kepada 61, dari 66 pada tempoh yang sama tahun lalu.

Begitu juga, jumlah kemalangan maut bagi separuh pertama 2017 yang merosot sebanyak 9.1 peratus kepada 60, dari 66 pada tempoh yang sama pada 2016.

Bilangan kemalangan yang mengakibatkan kecederaan merosot sebanyak 5.3 peratus kepada 3,820 pada separuh pertama 2017, dari 4,034 dalam tempoh yang sama tahun lalu.


Sumber : Today/UR/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan