Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebun masyarakat 'eratkan' hubungan masyarakat

Para penduduk menghabiskan masa berjam-jam menjaga tanam-tanaman di kebun atas bumbung di Jurong East Street 32. 

Anggaran Waktu Membaca:
Kebun masyarakat 'eratkan' hubungan masyarakat

Kebun masyarakat yang terletak di Jurong East Street 32. (Gambar: Facebook/ Meslan Tarseelim)

Diterbitkan : 17 Jun 2017 08:39PM Dikemas Kini : 17 Jun 2017 08:40PM

SINGAPURA: Satu kes baru-baru ini di mana seorang pekebun menghasilkan rawatan herba daripada kebun masyarakat mendorong orang ramai meminta peraturan yang lebih ketat bagi kebun-kebun sedemikian.

Namun para Anggota Parlimen berkata ini mungkin menjejas usaha mengeratkan ikatan masyarakat dan adalah lebih baik jika para penduduk menetapkan peraturan sendiri.

Para penduduk menghabiskan masa berjam-jam menjaga tanam-tanaman di kebun atas bumbung di Jurong East Street 32.

Apabila kebun itu mula ditubuhkan pada 2012, bukan semua penduduk yang dapat menikmati hasil kebun berkenaan.

Bagi mengatasi masalah tersebut, para pekebun bekerjasama dengan Jawatankuasa Penduduk untuk mengunci kebun pada bahagian malam dan mengehadkan masa lawatan.

Pengerusi Majlis Bandaran Jurong-Clementi berkata dengan memberi penduduk ruang untuk menyelesaikan masalah sendiri, ia menggalakkan kerjasama antara mereka.

Antara peraturan yang dilakar oleh Majlis Bandaran ialah hanya sayur-sayuran yang boleh ditanam, dan penduduk tidak boleh menjual hasil tanaman tersebut.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan