Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kebakaran dilaporkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi

Satu kebakaran dilaporkan di dewan keberangkatan Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada Selasa (16 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Kebakaran dilaporkan di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi

Asap yang dilihat di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Iliyas Juanda)

Diterbitkan : 16 May 2017 07:35PM Dikemas Kini : 16 May 2017 07:42PM

SINGAPURA: Satu kebakaran dilaporkan di dewan keberangkatan Terminal 2 Lapangan Terbang Changi pada Selasa (16 Mei).

Dalam catatannya di laman Facebook, Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden tersebut pada 5.43 petang.

Pihak polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sedang "menangani insiden itu" dan orang ramai dinasihati supaya menjauhi kawasan berkenaan, menurutnya.

Mediacorp difahamkan bahawa orang ramai diarahkan supaya meninggalkan kawasan itu.

(Gambar: Rateesh Upendran / Twitter)

Menurut catatan Lapangan Terbang Changi di Twitter pada 6.48 petang, punca kebakaran sudahpun dikenal pasti.

Bagaimanapun, operasi penerbangan di Terminal 2 terjejas.

Menurut kenyataan dari Changi Airport Group, penggera kebakaran berbunyi akibat asap yang keluar dari saluran-saluran udara.

Pasukan Khidmat Kecemasan Lapangan Terbang Changi juga berada di tempat kejadian.

Memberikan perkembangan terkini, SCDF turut mendedahkan bahawa "kebakaran kecil" di T2 sudahpun dipadamkan.

Sumber : CNA/TODAY/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan