Kebakaran dilaporkan di gudang Sungei Kadut
Kebakaran dilaporkan di sebuah gudang di 65 Sungei Kadut Loop pagi tadi (17 Okt).
SINGAPURA: Kebakaran dilaporkan di sebuah gudang di 65 Sungei Kadut Loop pagi tadi (17 Okt).
Demikian menurut catatan Facebook Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
SCDF dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut pada 1.30 pagi dan mengerahkan tiga kereta bomba, dua Red Rhino, lapan kenderaan sokongan, satu mesin pemadam kebakaran dan sebuah ambulans ke tempat kejadian.
Apabila pihak SCDF tiba di lokasi, tingkat tiga bangunan setinggi tiga tingkat itu dijilat api, menurut SCDF. Kebakaran berjaya dipadamkan pada 3.30 pagi dan tiada kecederaan dilaporkan, menurut catatan Facebook itu lagi.
Punca kebakaran masih lagi disiasat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.