Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal S'pura berlanggar dengan kapal lain dekat pelabuhan Johor

Sebuah kapal kontena berdaftar di Singapura berlanggar dengan kapal kontena berdaftar di Gibraltar dekat Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal S'pura berlanggar dengan kapal lain dekat pelabuhan Johor

Kapal-kapal dekat pantai Singapura. (Gambar: Chung Lyn-Yi)

Diterbitkan : 04 Jan 2017 12:43PM Dikemas Kini : 04 Jan 2017 01:10PM

SINGAPURA: Sebuah kapal kontena berdaftar di Singapura berlanggar dengan kapal kontena berdaftar di Gibraltar dekat Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

Kejadian malam semalam (3 Jan) itu menyebabkan tumpahan minyak sekitar 300 tan di perairan sekeliling, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) hari ini.

MPA menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang insiden antara kapal kontena Singapura, WAN HAI 301 dan kapal Gibraltar, APL DENVER itu oleh Penguasa Pelabuhan Johor (JPA) sekitar 11.50 malam semalam.

Tiada kecederaan dilaporkan dan laluan trafik di Selat Johor Timur serta operasi pelabuhan Singapura tidak terjejas, menurut pihak berkuasa Singapura.

Menurut MPA, nakhoda kapal APL DENVER melaporkan bahawa salah satu tangki bunker kapal itu mengalami kerosakan hingga sekitar 300 tan minyak tumpah.

JPA sudah mengerahkan empat bot anti-pencemaran ke tempat kejadian dan 'boom' minyak untuk mengawal tumpahan itu.

Di Singapura, beberapa tompokan minyak dikesan dan tumpahan itu sudah dikawal di bahagian barat Pulau Ubin, menurut MPA, sambil menambah ia sudah mengerahkan lapan bot anti-pencemaran yang berupaya membersihkan minyak yang tumpah itu.

MPA akan menyiasat punca pelanggaran tersebut.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan