Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal berlanggar: Tangki minyak bawa hampir 12,000 tan minyak bahan api; tiada tumpahan

Sebuah kapal tangki minyak yang terlibat dalam pelanggaran dengan kapal USS John S McCain di kawasan timur Singapura pada awal Isnin (21 Ogos) membawa sekitar 12,000 tan minyak bahan api, tetapi tiada tumpahan minyak yang dilaporkan, kata anak kapal kepada Reuters melalui telefon.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal berlanggar: Tangki minyak bawa hampir 12,000 tan minyak bahan api; tiada tumpahan

Tangki minyak Alnic MC. (Gambar: MarineTraffic)

Diterbitkan : 21 Aug 2017 12:21PM Dikemas Kini : 21 Aug 2017 12:26PM

SINGAPURA: Sebuah kapal tangki minyak yang terlibat dalam pelanggaran dengan kapal USS John S McCain di kawasan timur Singapura pada awal Isnin (21 Ogos) membawa sekitar 12,000 tan minyak bahan api, tetapi tiada tumpahan minyak yang dilaporkan, kata anak kapal kepada Reuters melalui telefon.

"Kami membawa 11,987 tan minyak bahan api. Tiada tumpahan minyak yang berlaku. Kami membawa minyak bahan api dari Taiwan untuk disalurkan ke Singapura... Kami sedang melakukan pelayaran ke Raffles Reserved Anchorage di mana para pemiliknya akan menyiasat isu tersebut. Terdapat beberapa kerosakan pada injap kapal," menurut anak kapal Alnic MC yang tidak mahu identitinya didedahkan.

Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyenaraikan Raffles Reserved Anchorage hingga ke bahagian selatan Pulau Bukom untuk dikhususkan bagi "kapal-kapal yang memerlukan pembaikan kecemasan dan kapal rosak atau seperti diarahkan oleh Ketua Pelabuhan".

Seramai 10 anak kapal dilaporkan hilang dan lima yang lain cedera selepas pelanggaran itu berlaku pada 5.24 pagi waktu Singapura, apabila kapal pemusnah peluru berpandu Amerika itu melakukan persinggahan yang biasa dilakukan di Singapura, menurut kenyataan oleh Tentera Laut Amerika.

Kedua-dua penguasa Singapura dan Malaysia sudahpun mengerahkan kapal dan pesawat untuk membantu Tenetra Laut Amerika dalam usaha mencari dan menyelamat.

Kapal pedagang Alnic MC disifatkan sebagai tangki minyak dan kimia sepanjang 180 meter di laman MarineTraffic. Ia juga seberat lebih 50,000 tan.

Menurut VesselsValue, yang menyediakan data penghantaran dan maritim, Alnic MC dijadual tiba di Singapura pada 11.00 pagi Isnin.

Kedudukan kapal pada 6.58 pagi waktu Singapura adalah pada latitud 1.42018 dan longitud 104.4326, menurut VesselsValue.

Pihaknya turut menyatakan bahawa kapal itu dimiliki oleh sebuah syarikat Yunani Brave Maritim Corporation dan dilaporkan bernilai AS$17.36 juta (S$23.6 juta).

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan