Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan perubatan SAF dikerah bertugas 3 bulan di ambulans SCDF

Percubaan perintis selama tiga bulan mulai September tahun ini akan menyaksikan seramai 12 kakitangan perubatan SAF dikerahkan bertugas bagi ambulans-ambulans SCDF.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 May 2017 02:39PM Dikemas Kini : 24 May 2017 08:01AM

SINGAPURA: Kakitangan perubatan dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan dikerahkan bertugas di ambulans-ambulans Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sebagai sebahagian daripada projek perintis yang akan dimulakan September ini.

Demikian menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen yang turut mendedahkan bahawa dalam bidang rawatan kecemasan, menggunakan kakitangan perubatan SAF bagi memberikan respons kepada kecemasan awam adalah "bersinergi, bermakna dan saling memanfaatkan".

Beliau berkata demikian semasa berucap di Perkongsian Kesihatan Tentera Asia Pasifik pada Selasa (23 Mei).

Dr Ng turut menarik perhatian bahawa Kor Perubatan harus bertindak sewajarnya terhadap bekalan tenaga manusia yang berkurangan, khususnya pengurangan sebanyak sepertiga bag SAF mulai 2030.

Dalam pada itu, keperluan perubatan rakyat Singapura meningkat seiring dengan penduduk yang menua, dengan Kementerian Ehwal Dalam Negeri meramalkan jumlah panggilan ambulans dan rawatan kecemasan akan meningkat enam peratus setiap tahun.

Oleh itu, percubaan perintis selama tiga bulan mulai September tahun ini akan menyaksikan seramai 12 kakitangan perubatan SAF dikerahkan bertugas bagi ambulans-ambulans SCDF.

Seramai 12 orang, dengan 10 daripada mereka adalah anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa dan dua kakitangan tetap akan dikerahkan bertugas dengan ambulans-ambulans SCDF di mana kakitangan perubatan daripada kedua-dua pihak akan saling bekerjasama.

Semakan dijangka selesai tidak lama lagi dan SAF akan melaksanakannya secara bertahap-tahap sepanjang beberapa tahun akan datang. 

Sumber : CNA/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan