Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kakitangan pentadbiran sektor jagaan kesihatan akan jalani latihan berstruktur

Mulai bulan depan, kakitangan pentadbiran yang menyertai sektor jagaan kesihatan akan menjalani program-program latihan berstruktur.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Nov 2017 08:38PM Dikemas Kini : 17 Nov 2017 09:56PM

SINGAPURA: Mulai bulan depan, kakitangan pentadbiran yang menyertai sektor jagaan kesihatan akan menjalani program-program latihan berstruktur.

Ini bagi membantu para pekerja itu cepat menyesuaikan diri dengan tugas baru mereka.

Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor berkata demikian semasa membuat lawatan ke Hospital Tan Tock Seng, hari ini (17 Nov).

Menurut Dr Khor, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan tiga kelompok jagaan kesihatan awam untuk melakarkan program-program tersebut, khususnya dalam bidang-bidang seperti sumber manusia, kewangan serta operasi.

Usaha ini diharapkan dapat membantu golongan pertengahan kerjaya PMET yang tidak mempunyai latar belakang dalam sektor jagaan kesihatan untuk melalui fasa peralihan dengan lebih mudah.

Setiap kursus berlangsung selama tiga hingga enam bulan dan dibahagikan kepada pembelajaran di dalam kelas serta latihan semasa bekerja.

Dr Khor menambah akan ada sekitar 200 pekerjaan disediakan untuk kakitangan pentadbiran mulai sekarang hingga akhir tahun depan.

Sumber : CNA/FZ/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan