Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kaki budak 4 tahun tersangkut pada tangga bergerak pusat beli-belah White Sands

Seorang budak perempuan dikejarkan ke sebuah hospital setelah kaki kanannya tersangkut pada tangga bergerak di pusat beli-belah White Sands, Pasir Ris malam ini (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kaki budak 4 tahun tersangkut pada tangga bergerak pusat beli-belah White Sands

Tangga bergerak di mana kaki kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun tersangkut.

Diterbitkan : 12 Aug 2017 12:03AM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 12:06AM

SINGAPURA: Seorang budak perempuan dikejarkan ke sebuah hospital setelah kaki kanannya tersangkut pada tangga bergerak di pusat beli-belah White Sands, Pasir Ris malam ini (9 Ogos).

Insiden itu berlaku sekitar pukul 9.30 malam tadi.

Kaki budak perempuan berkenaan terperangkap pada tangga bergerak yang sedang turun dari tingkat dua ke tingkat satu pusat beli-belah tersebut, Pengurus White Sands, Dennis Cheong, memberitahu Mediacorp dalam satu kenyataan.

Seorang saksi, Isaiah, berkata beliau sedang makan bersama keluarga dan rakan-rakan di restoran Gurney drive Signatures di tingkat tiga apabila terdengar kekecohan dari tingkat bawah.

"Kami sedang makan dan tiba-tiba seorang budak kecil menangis. (Saya) menjenguk ke tingkat bawah dan ternampak (kaki budak itu) tersangkut pada tangga bergerak dan ibunya sedang memegang tangan budak berkenaan," paderi berusia 37 tahun itu memberitahu Mediacorp.

"Kemudian, semua orang segera bergegas untuk menghentikan tangga bergerak dan membantu budak itu."

Beliau menambah kakitangan pusat beli-belah dan pengawal juga membantu budak berkenaan dan ibunya, sementara "ramai orang mula mengerumuni kawasan tersebut".

Menurut Encik Cheong, kakitangan White Sands dimaklumkan tentang insiden itu pada pukul 9.35 malam dan berada di tempat kejadian lima minit kemudian untuk memberikan bantuan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan ia mengerahkan sebuah kereta bomba, dua motosikal bomba, sebuah Red Rhino dan sebuah ambulans ke tempat kejadian.

Pegawai SCDF menyelamatkan budak perempuan berusia empat tahun itu, yang dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH).

Encik Cheong menambah pihak pengurusan White Sands berhubungan dengan keluarga budak berkenaan dan berada di hospital untuk memberikan bantuan kepada keluarganya.

"Keselamatan para pengunjung kami adalah keutamaan dan AsiaMalls Management memandang serius perkata ini," kata beliau.

"Kami sedang menjalankan siasatan bersama pengendali tangga bergerak dan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA)."

Beliau menambah tangga bergerak itu akan ditutup sehingga diberitahu kelak. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan