Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kajian NUS: Penggunaan tanah paya bagi tujuan pembangunan lain boleh ancam ekosistem

Land conversion threatens Southeast Asia's mangrove forests: NUS study Menurut Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Singapura (NUS), penggunaan tanah-tanah paya bagi tujuan pembangunan lain, merupakan ancaman yang besar terhadap kewujudan tanah-tanah paya di rantau Asia Tenggara.

Anggaran Waktu Membaca:
Kajian NUS: Penggunaan tanah paya bagi tujuan pembangunan lain boleh ancam ekosistem

Seroang kanak-kanak lelaki berjalan di pokok bakau di Honda Bay, Puerto Princesa, Pulau Palawan di Selatan Manila, Filipina. (AFP/Ted Aljibe)

Diterbitkan : 05 Jan 2016 06:36PM Dikemas Kini : 05 Jan 2016 06:49PM

SINGAPURA: Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS), penggunaan tanah-tanah paya bagi tujuan pembangunan lain, merupakan ancaman yang besar terhadap kewujudan tanah-tanah paya di rantau Asia Tenggara.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini (5 Jan), NUS bagaimanapun menyatakan, kadar penghapusan tanah paya adalah rendah iaitu sekitar 2 peratus atau lebih 100,000 hektar tanah paya di rantau ini dihapuskan dari tahun 2000 hingga 2012.

Kajian itu dijalankan bersama oleh Penolong Profesor Daniel Friess, dari Jabatan Geografi NUS dan Dr Daniel Richards, yang kini bertugas di Jabatan Sains Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan di Universiti Sheffield.

Melalui kajian itu, mereka menjelaskan, tanah-tanah paya Asia Tenggara mempunyai pelbagai baka, di samping menyerap kandungan karbon yang tinggi berbanding dengan ekosistem yang lain di dunia.

Walaupun kadar penghapusan kawasan paya di rantau Asia Tenggara agak rendah, namun peluasan kawasan pertanian misalnya di Myanmar, Malaysia dan Indonesia boleh mengancam ekosistem yang ada di rantau ini dalam jangka panjang.

Kajian itu juga menyediakan informasi terperinci berdasarkan bukti-bukti kajian bagi melestarikan kawasan-kawasan tanah paya.

Kajian dan dasar masa depan mengenai rancangan intervensi di peringkat negara harus mengambil kira serta menimbangkan kepelbagaian yang mendorong kawasan-kawasan paya dibangunkan semula untuk kegunaan pertanian yang lain.

Hasil kajian itu diterbitkan dalam sebuah jurnal "Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America'' pada bulan Disember tahun lalu. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan