Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kajian besar-besaran 3 tahun dilancar bagi tinjau pesakit semput, COPD

Satu kajian besar-besaran dilancarkan untuk meninjau pesakit semput dan penghidap penyakit Gangguan Pulmonari Kronik atau COPD.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2017 09:34PM Dikemas Kini : 17 Oct 2017 09:56PM

SINGAPURA: Satu kajian besar-besaran dilancarkan untuk meninjau pesakit semput dan penghidap penyakit Gangguan Pulmonari Kronik atau COPD.

Kajian $1.2 juta itu dibiayai syarikat farmaseutikal GSK dan akan mengumpul data daripada 13,000 pesakit tempatan sepanjang tempoh tiga tahun.

Penyakit COPD, akibat aliran udara yang terhad ke dalam paru-paru, adalah lumrah dalam kalangan perokok.

Ia di tangga ke-10 penyebab kematian dan rawatan hospital di negara ini.

Semput pula menjejas 20 peratus kanak-kanak dan 5 peratus penduduk dewasa di sini. Kajian ini bertujuan untuk lebih memahami kedua-dua penyakit itu.

Semput dan COPD boleh dirawat namun penyakit-penyakit tersebut boleh membawa maut jika tidak diurus dengan baik.

Malahan jumlah kematian akibat semput di negara ini tiga kali ganda lebih tinggi berbanding di negara-negara maju lain seperti Amerika Syarikat dan New Zealand. 

Sumber : CNA/RL/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan