Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pengangguran S'pura jatuh kepada 3.2% pada suku ketiga

Pasaran buruh di Singapura semakin bertambah baik pada suku ketiga dengan kadar pengangguran rakyat yang disesuaikan secara musiman jatuh dari 3.3 peratus pada Jun kepada 3.2 peratus pada September, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini (13 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Dec 2017 12:23PM Dikemas Kini : 13 Dec 2017 10:59PM

SINGAPURA: Pasaran buruh di Singapura semakin bertambah baik pada suku ketiga dengan kadar pengangguran rakyat yang disesuaikan secara musiman jatuh dari 3.3 peratus pada Jun kepada 3.2 peratus pada September, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini (13 Dis).

Secara keseluruhannya, kadar pengangguran kekal tidak berubah iaitu 2.2 peratus dan 3.1 peratus di kalangan penduduk.

Jumlah pekerjaan secara keseluruhannya, tidak termasuk pembantu rumah asing, merosot sebanyak 4,100 pekerjaan dalam suku ketiga. Namun, kemerosotan itu lebih rendah berbanding enam bulan sebelum ini dan kebanyakannya menjejas pekerja asing dalam sektor marin dan binaan, menurut MOM.

Pemberhentian pekerja juga turun dari 3,640 dalam suku kedua kepada 3,400, tiga bulan kemudian.

Jumlah pemberhentian pekerja secara keseluruhannya bagi sembilan bulan pertama 2017 adalah 11,040, lebih rendah berbanding 13,730 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi sepanjang 2017, pengambilan pekerja tempatan dijangka berkembang lebih daripada 11,200 yang dicatatkan pada 2016 meskipun secara keseluruhannya pengambilan pekerja mungkin menguncup disebabkan kemerosotan dalam sektor marin dan binaan, menurut kementerian itu.

"Sejajar dengan ramalan pertumbuhan GDP (Hasil Dalam Negeri Kasar) Kementerian Perdagangan dan Perusahaan bagi tahun 2018 iaitu antara 1.5 peratus hingga 3.5 peratus, dengan pertumbuhan itu dijangka mencecah antara dua kadar tersebut. Pengambilan pekerja tempatan diramal terus berkembang pada tahun depan tetapi tidak seimbang bagi semua sektor," tambah MOM.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan