Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar pengangguran mungkin terus meningkat, kata Lim Swee Say

Kadar pengangguran mungkin akan meningkat sedang ekonomi Singapura menjalani perubahan, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say dalam ucapan Hari Buruhnya pada Jumaat (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar pengangguran mungkin terus meningkat, kata Lim Swee Say

Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say. (Gambar fail: Jason Quah/TODAY)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 11:46AM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 11:49AM

SINGAPURA: Kadar pengangguran mungkin akan meningkat sedang ekonomi Singapura menjalani perubahan, kata Menteri Tenaga Manusia Lim Swee Say dalam ucapan Hari Buruhnya pada Jumaat (28 Apr).

Beliau menarik perhatian bahawa pemberhentian pekerja kian meningkat dan kadar pengangguran di kalangan penduduk naik hingga 3 peratus pada tahun lalu setelah kekal pada paras sekitar 2.8 peratus sejak 2012.

Merujuk kepada perbezaan kali ini, Encik Lim menegaskan bahawa ekonomi Singapura masih berkembang dan peningkatan pada kadar pengangguran adalah secara beransur-ansur.

Meskipun begitu, beliau menarik perhatian bahawa peralihan yang sedang dilalui Singapura kali ini kurang mengikut putaran dan lebih berstruktur.

Sesetengah sektor masih tertekan dan tidak seperti kebangkitan yang lalu, "lebih banyak masa dan usaha diperlukan bagi mengharungi sepenuhnya tempoh peralihan ini".

Encik Lim menekankan pentingnya tenaga kerja yang kurang bergantung kepada tenaga manusia dan sebaliknya lebih mengutamakan inovasi dan daya penghasilan yang lebih tinggi bagi memastikan Singapura kekal berdaya saing di peringkat global - bukan sahaja bagi memikat pelaburan dan pasaran yang baik, tetapi juga bagi mewujudkan pekerjaan dan kerjaya yang lebih baik dan bermutu.

Encik Lim turut berkata bahawa kerjasama perikatan tiga pihak yang "sihat dan kukuh" benar-benar komited untuk membantu syarikat-syarikat perusahaan menjalani perubahan, dan membantu para pekerja terus maju.

"Sempena Hari Buruh ini, kami meraikan dan mengiktiraf sumbangan besar setiap pekerja dalam membangunkan Singapura yang kami nikmati hari ini. Mari kita sama-sama berikrar untuk saling bekerjasama dan menyokong antara satu sama lain, menamatkan peralihan ekonomi dengan jayanya bagi membina masa depan yang lebih cerah untuk seluruh rakyat Singapura, perniagaan dan negara kita," katanya, sambil menggulung ucapan Hari Buruh beliau. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan