Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kadar ERP di AYE naik seganda, gantri baru di KPE mula operasi

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura sudah menyemak semula kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP).

Anggaran Waktu Membaca:
Kadar ERP di AYE naik seganda, gantri baru di KPE mula operasi

Gantri ERP di Singapura. (Gambar fail: Ngau Kai Yan)

Diterbitkan : 28 Apr 2017 05:29PM Dikemas Kini : 28 Apr 2017 05:31PM

SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura sudah menyemak semula kadar Bayaran Elektronik Jalan Raya (ERP).

Ini selepas semakan suku tahunan yang terkini dijalankan, menurut LTA hari ini (28 Apr).

Kadar ERP di Lebuh Raya Ayer Rajah (AYE) selepas North Buona Vista Road yang menghala ke Tuas akan digandakan dari $1 kepada $2 antara pukul 6.00 petang dengan 6.30 petang, mulai 8 Mei tahun ini.

Selain itu, mulai 8 Mei juga, satu gantri baru ERP akan mula beroperasi pada waktu sibuk sebelah pagi di Lebuh Raya Kallang-Paya Lebar (KPE) menghala ke selatan selepas Jejambat Defu. Kadarnya $2 antara pukul 7.00 pagi dengan 9.30 pagi.

Ini bagi mengawal kesesakan trafik, menurut LTA, sambil menambah kelajuan trafik di KPE kekal di bawah kadar kelajuan maksimum 45 kilometer sejam hingga 65 kilometer sejam sejak 2 tahun setengah yang lalu, kadar kelajuannya perlahan sehingga 30 kilometer sejam.

Semakan kadar ERP yang seterusnya akan dilakukan pada bulan Mei bagi caj yang akan dikenakan pada cuti sekolah bulan Jun. 

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan