Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jutaan rangkaian Wi-fi di S'pura terdedah kepada serangan siber dek kelemahan

Jutaan rangkaian wi-fi di tempat awam, rumah dan pejabat di Singapura terdedah kepada penggodam yang menyasarkan data-data penting. Ini selepas beberapa kelemahan keselamatan didedahkan oleh para pengkaji, menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) semalam (17 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Jutaan rangkaian Wi-fi di S'pura terdedah kepada serangan siber dek kelemahan

Gambar fail seorang lelaki menggunakan komputer. (Gambar: Xabryna Kek)

Diterbitkan : 18 Oct 2017 04:19PM Dikemas Kini : 18 Oct 2017 04:20PM

SINGAPURA: Jutaan rangkaian wi-fi di tempat awam, rumah dan pejabat di Singapura terdedah kepada penggodam yang menyasarkan data-data penting. Ini selepas beberapa kelemahan keselamatan didedahkan oleh para pengkaji, menurut Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCERT) semalam (17 Okt).

Ini bermakna hampir setiap orang yang menggunakan Internet menerusi wi-fi, seperti peralatan komputer riba, telefon bijak ataupun konsol permainan dan alat rumah bijak, mengalami berisiko.

SingCERT, dibawah Agensi Keselamatan Siber, mengeluarkan amaran yang menyatakan: "Pendedahan ini boleh menjejaskan keperibadian data pengguna Wi-Fi di rumah dan pejabat."

Kelemahan ini menjejaskan rangkaian wi-fi sedunia yang menggunakan protokol Akses Perlindungan Wi-fi (WPA) 2, huraian yang paling biasa digunakan untuk pengesahan wi-fi sekarang ini. Ia juga boleh menjejaskan alat-alat dalam piawai WPA, menurut SingCERT.

"Selepas serangan dari orang tengah dilakukan terhadap alat yang terjejas, penyerang boleh menggunakan pendedahan tersebut untuk memantau atau mempergunakan rangkaian trafik pengguna," dedah SingCERT.

Pakar-pakar mengatakan ini bermaksud penggodam mampu menyerang rangkaian rumah dan pejabat untuk mendapatkan data penting, atau melancarkan serangan yang lain.

Syarikat-syarikat mungkin berisiko lebih rendah jika langkah-langkah keselamatan secukupnya dilakukan.

Syarikat-syarikat telekomunikasi menggesa pelanggan mereka untuk mengemaskinikan alat-alat mereka dengan sofwe terbaru dari pengeluarnya.

"Kami sedang bekerjasama dengan rakan-rakan peranti bagi memahami bila tampalan itu disediakan, dan kami menggalakkan pelanggan kami untuk memastikan alat-alat tanpa wayar mereka menggunakan sofwe yang terbaru," kata jurucakap StarHub.

Para pengguna yang belum lagi menerima sofwe kemas kini atau (patches) boleh melakukan langkah-langkah bagi mencegah pencerobohan, dengan berhubung dengan jalur lebar menggunakan kabel ataupun rangkaian telefon bimbit sahaja, kata pakar-pakar. Mereka juga boleh menggunakan rangkaian privet maya (VPN).  

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan