Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Justin Bieber dilarang buat persembahan di China atas 'tingkah lakunya yang buruk'

China melarang penyanyi pop, Justin Bieber, untuk membuat persembahan di negara tersebut disebabkan "tingkah laku buruknya "di atas dan di luar pentas.

Anggaran Waktu Membaca:
Justin Bieber dilarang buat persembahan di China atas 'tingkah lakunya yang buruk'

Justin Bieber membuat persembahan di Seattle, Washington. (Gambar: AFP/Getty Images North America/Matt Hayward)

Diterbitkan : 21 Jul 2017 11:32PM Dikemas Kini : 21 Jul 2017 11:36PM

LOS ANGELES: China melarang penyanyi pop, Justin Bieber, untuk membuat persembahan di negara tersebut disebabkan "tingkah laku buruknya "di atas dan di luar pentas.

Biro Kebudayaan Beijing menyatakan larangan tersebut adalah perlu untuk "membersihkan" industri hiburan negara itu.

Namun ia membayangkan bahawa larangan tersebut bukan sesuatu yang kekal, dan berharap Bieber dapat memperbaiki tingkah lakunya untuk kembali menjadi penyanyi yang disayangi peminat beliau.

Penyanyi dan pencipta lagu yang berusia 23 tahun itu tidak sepi daripada kontroversi dan pernah didakwa berlumba kereta dan memandu dalam keadaan mabuk.

Berbanding dengan kumpulan rok alternatif, Placebo, Bieber boleh dikatakan lebih bertuah.

Kumpulan tersebut terpaksa membatalkan pertunjukannya di Festival Sonic Musim Panas di Shanghai pada bulan September dan berdepan dengan larangan seumur hidup di China selepas menyiarkan gambar Dalai Lama, di laman rasmi Instagram kumpulan itu.

Beijing menuduh pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu berusaha memecah belahkan China.

Larangan sementara ke atas Bieber diumumkan selepas seorang anggota masyarakat membuat pos di laman web biro budaya Beijing pada 16 Julai menyanyakan sebab penyanyi Kanada itu tidak dibenarkan melakukan persembahan di tanah besar China sebagai sebahagian daripada lawatan Asianya pada bulan September nanti.

Jelajah ke Asia itu ke Tokyo, Hong Kong, Filipina dan Singapura bagi mempromosikan album terbarunya, "Purpose". 

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan