Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jururawat bakal dapat lebih banyak peluang jadi relawan bagi kerja-kerja kemanusiaan luar negara

Dengan perjanjian itu, ia berharap 100 jururawat sukarelawan dapat dikerahkan pada tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Jururawat bakal dapat lebih banyak peluang jadi relawan bagi kerja-kerja kemanusiaan luar negara

Palang Merah Singapura (SRC) dan Persatuan Jururawat Singapura (SNA) memeterai Memorandum Persefahaman. (Gambar: Singapore Red Cross/Facebook)

Diterbitkan : 12 Aug 2017 04:24PM Dikemas Kini : 12 Aug 2017 04:26PM

SINGAPURA: Palang Merah Singapura (SRC) dan Persatuan Jururawat Singapura (SNA) memeterai Memorandum Persefahaman hari ini (12 Ogos) bagi membolehkan para jururawat mendapat lebih banyak peluang menjadi relawan dalam program-program kemanusiaan luar negara dan khidmat masyarakat tempatan.

Pemeteraian perjanjian itu disaksikan Cik Mary Tan, isteri Presiden Tony Tan Keng Yam yang juga penaung SNA , di sebuah majlis yang menandakan perasmian Pusat Latihan SNA yang baru dinaik taraf.

Dengan perjanjian itu, para jururawat kini mempunyai lebih banyak peluang menyertai misi-misi kemanusiaan seperti bantuan bencana.

Mereka juga diberi peluang untuk menyampaikan latihan dalam program latihan di luar negara bagi membina kemampuan para jururawat dalam rantau ini.

Dalam negeri, para jururawat boleh menjadi relawan bagi khidmat SRC seperti ElderAid dan Pemantauan Rumah & Jagaan Warga Tua (HoME+) bagi meningkatkan pemahaman kesihatan dan mutu hidup masyarakat yang mudah terjejas seperti warga tua dan pekerja asing.

Pada 2016, SRC mempunyai sekitar 50 jururawat sukarelawan yang menyertai program mendampingi masyarakat tempatan dan luar negara.

Dengan perjanjian itu, ia berharap 100 jururawat sukarelawan dapat dikerahkan pada tahun depan. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan