Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kematian di tapak binaan turun berbanding tahun lalu

Kemalangan yang berlaku di tapak binaan lebuh raya PIE pagi semalam (14 Jul) adalah kematian ketiga bagi sektor binaan pada tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2017 05:00PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 10:58PM

SINGAPURA: Kemalangan yang berlaku di tapak binaan lebuh raya PIE pagi semalam (14 Jul) adalah kematian ketiga bagi sektor binaan pada tahun ini.

Menurut perangkaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), jumlah ini turun berbanding purata enam kematian setiap suku tahun pada 2016.

Tahun lalu, terdapat 24 kematian di tempat kerja bagi sektor tersebut, di mana 17 daripadanya berlaku dalam tempoh enam bulan pertama.

Ini berbanding 22 kes kecederaan serius yang dilaporkan pada suku pertama tahun ini.

Keseluruhannya terdapat 153 kes sedemikian tahun lalu.  

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan