Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Josephine Teo disertakan ke dalam CEC PAP yang berpengaruh

Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Josephine Teo, kini dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Anggaran Waktu Membaca:
Josephine Teo disertakan ke dalam CEC PAP yang berpengaruh

Cik Josephine Teo

Diterbitkan : 11 Oct 2017 09:36PM Dikemas Kini : 11 Oct 2017 09:38PM

SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Josephine Teo, kini dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Ini diumumkan oleh Setiausaha Penganjur PAP, Encik Chan Chun Sing dalam satu kenyataan hari ini (11 Okt).

CEC adalah jawatankuasa paling berpengaruh dalam PAP, yang lazimnya menentukan hala tuju parti dan membuat keputusan.

Menurut kenyataan tersebut, Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin pula dilantik sebagai Pengerusi PAP.SG, sebuah kumpulan yang berjuang bagi golongan warga emas.

Perubahan-perubahan tersebut dilakukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Puan Halimah Yacob, yang meletak jawatan daripada CEC dan PAP. Beliau kini menjadi Presiden negara ini.

CEC tersebut juga menerima permintaan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong, untuk berundur dari jawatannya selaku Penasihat PAP.SG.

"CEC mahu merakamkan penghargaan parti kepada Puan Halimah bagi sumbangannya kepada parti," menurut Encik Chan dalam kenyataan tersebut.

Beliau menambah, PAP juga mengucapkan terima kasih kepada ESM Goh bagi sokongan dan panduannya yang berharga buat PAP.SG semasa tahun-tahun awal penubuhannya.

Sumber : CNA/DY/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan