Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jejambat Braddel dibuka 11 Jun ini selepas beberapa kali tertangguh

Selepas beberapa kali tertangguh, ia akan dibuka pada 6 pagi, 11 Jun, demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (22 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Jejambat Braddel dibuka 11 Jun ini selepas beberapa kali tertangguh

Jejantas di Braddell Road sedang menjalani kerja-kerja binaan pada Jun 2015. (Gambar: Google Street Map)

Diterbitkan : 22 May 2017 08:40PM Dikemas Kini : 22 May 2017 09:16PM

SINGAPURA: Jejambat baru menghubungkan para pemandu dari Lorong 6 Toa Payoh ke Jabanah Braddell selesai dibina.

Selepas beberapa kali tertangguh, ia akan dibuka pada 6 pagi, 11 Jun, demikian diumumkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (22 Mei).

Struktur itu akan membolehkan para pemandu bergerak langsung dari Lorong 6 Toa Payoh ke Upper Serangoon Road dan Bartley Road melalui Jabanah Braddell tanpa memasuki Lebuh Raya Tengah (CTE) atau trafik Bishan Street 11 di Braddell Road.

Sebagai sebahagian daripada projek itu, sebahagian Braddell Road antara Jejambat Toa Payoh North dengan CTE, juga diluaskan daripada dua jalan tiga lorong kepada dua jalan lima lorong.

Kerja-kerja binaan, yang bermula pada 2012, dijangka siap menjelang penghujung 2015.

Bagaimanapun, projek itu terkandas selepas kontraktor pertama berdepan dengan masalah kewangan dan Kementerian Tenaga Manusia mengeluarkan arahan berhenti kerja di tapak kerja, disebabkan beberapa isu keselamatan yang tidak dipatuhi.

Dengan jejantas baru itu, para pemandu yang menuju ke arah CTE atau Bishan Street 11 harus terus menggunakan jejambat yang ada kini iaitu Toa Payoh North, menurut LTA.

Ia menambah pengasingan trafik menghala ke pelbagai destinasi akan membantu melicinkan aliran trafik di Braddell Road.

LTA menambah bahawa ia merancang untuk membangunkan pembahagi jalan di beberapa bahagian di Braddell Road.

Kerja-kerja membina pembahagi jalan itu hanya boleh dijalankan selepas jejambat itu dibuka, dan dijangka siap menjelang pertengahan bulan Jun, menurut LTA. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan