Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa Peneraju Reka Bentuk akan ditubuhkan

Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Peneraju Reka Bentuk untuk menerajui pembangunan Pelan Induk Reka Bentuk di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Jawatankuasa Peneraju Reka Bentuk akan ditubuhkan

Kawasan Marina Bay di Singapura. (Gambar hiasan: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2015 03:12PM Dikemas Kini : 10 Mar 2015 03:14PM

SINGAPURA: Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim mengumumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Peneraju Reka Bentuk untuk menerajui pembangunan Pelan Induk Reka Bentuk di Singapura.

Jawtankuasa itu, yang akan dianggotai oleh sektor awam dan swasta, akan menilai berbagai bidang.

Ini termasuk peranan reka bentuk untuk meningkatkan daya penghasilan dan menjadikannya satu pekerjaan bernilai tinggi.

Menurut Dr Yaacob, bidang reka bentuk akan membuka pengalaman baru bagi perusahaan dan perhidnmatan di Singapura.

Reka bentuk juga akan terus menjadi penjana kemajuan Singapura dalam pasaran global yang semakin dinamik, dan ini memerlukan sektor tersebut dipertingkat ke tahap lebih tinggi. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan