Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jawatankuasa demi tingkat kesihatan, keselamatan pekerja dilanjut 3 tahun

Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan tiga tahun lalu bagi meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan di kalangan pekerja akan dilanjutkan lagi tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Jul 2017 09:37PM Dikemas Kini : 20 Jul 2017 09:40PM

SINGAPURA: Sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan tiga tahun lalu bagi meningkatkan tahap kesihatan dan keselamatan di kalangan pekerja akan dilanjutkan lagi tiga tahun.

Mereka akan memberi tumpuan baru terhadap industri-industri berisiko tinggi seperti sektor binaan dan marin.

Langkah itu menyusuli dua kes kematian di tempat kerja pada bulan ini.

Mendedahkan kemajuannya dalam satu sidang media hari ini (20 Jul), jawatankuasa itu mendedahkan ia berjaya mendampingi lebih 300,000 pekerja menerusi program-program kesihatannya di tempat kerja setakat ini.

Namun masih terdapat lagi ruang yang boleh diperbaiki.

Salah satu program perintis yang diperkenalkan - pemeriksaan kesihatan bagi para pekerja tua, misalnya para pemandu bas dan teksi.

Jawatankuasa itu juga menjalin kerjasama dengan para pemilik bangunan bagi menganjurkan sesi-sesi senaman beramai-ramai serta penyediaan makanan lebih sihat di kantin-kantin.

"Lebih tumpuan akan diberikan terhadap aspek keselamatan tetapi secara tradisinya, memang lazimnya tumpuan diberikan terhadap keselamatan tetapi kami berpendapat adalah penting untuk menyepadukannya dengan kesihatan. Jika anda menyepadukan ini dan memastikan para pekerja kekal sihat, mereka akan lebih awas dan boleh mengurangkan potensi berlakunya kemalangan atau kecederaan di tempat kerja," kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor.

Dr Khor menambah keselamatan kesihatan di tempat kerja merupakan satu perkara yang perlu dititikberatkan semua pekerja, dan bukan sahaja mereka yang bekerja dalam industri-industri berisiko tinggi.

Menyesuaikan program-program itu mengikut keperluan setiap industri penting bagi mendapatkan penyertaan lebih banyak syarikat.  

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan