Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jamu makanan halal dari 25 gerai popular sempena ulang tahun Muzium Negara S'pura

BOO:EH, Kaw Kaw SG By Makan State, D’elish Treats, Iceburnz, WORD, Yolkalicious dan Ratu Lemper.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: BOO:EH, Kaw Kaw SG By Makan State, D’elish Treats, Iceburnz, WORD, Yolkalicious dan Ratu Lemper. Ini antara nama-nama perniagaan halal popular yang boleh didapati di sambutan ulang tahun Muzium Negara Singapura ke-130 yang bermula esok (13 Okt).

Sebanyak 25 perniagaan halal yang tersenarai di laman halalfoodhunt.com,sebuah portal makanan halal, akan menyediakan makanan dan minuman yang biasanya digelar 'hipster' untuk dinikmati para pengunjung sambutan tiga hari itu.

Di samping mengikuti lawatan berpandu di galeri-galeri interaktif dan berhibur dengan persembahan muzik di sambutan itu, para pengunjung juga boleh menjamu selera di kafe sementara (pop up cafe) Halalfoodhunt. Ondeh-ondeh, slushie tebu, coklat berbentuk Darth Vader, roti tradisional Hungary, air butterscotch berbuih, Rendang Paiti, Pulled Beef Mantou, Har Cheong Gai Chicken Burrito, marshmallow dan macam-macam lagi disediakan.

Gambar-gambar Halalfoodhunt

“Dengan kafe sementara kami, kami harap dapat menarik masyarakat Muslim Singapura untuk menyertai perayaan ulang tahun ke-130 muzium dan menghargai serta menghayati satu-satunya bangunan ikonik Singapura dan pameran khususnya,” kata Cik Jumaiyah Mahathir, Pengarah Halalfoodhunt.

Halalfoodhunt mendapat sebanyak 40 tawaran daripada pelbagai perniagaan halal. Namun, Cik Safiah Alias, Pengurus Pemasaran dan Perhubungan Halalfoodhunt berkata bahawa mereka hanya dapat menampung 25 buat kali ini.

"Dalam membuat keputusan, kami cuba pastikan ada kepelbagaian menu yang boleh dinikmati para pengunjung,” katanya.

DISKAUN KHAS BAGI HALALFOODHUNT 'FRIENDS'

Para pengujung yang memiliki kad ‘FRIENDS with Halalfoodhunt.com’ akan dapat menikmati potongan harga yang eksklusif bagi pembelian makanan dan minuman di kafe sementara Halalfoodhunt.

Bagi mereka yang belum mendapatkan kad itu pula, ia akan dijual dengan harga istimewa iaitu S$15 di laman halalfoodhunt.com sempena sambutan besar-besaran itu.

PASAR LAMBAK RETRO

Kafe sementara Halalfoodhunt merupakan salah satu daripada gerai di ‘Artisanal Retro Market’ yang dijayakan bersama oleh Satire Singapore dan penganjur pasar lambak vintaj, The Retro Market. Selain makanan halal yang unik, pengunjung boleh membeli-belah di pasar lambak retro dan mengambil gambar dengan sebanyak sepuluh kereta vintaj di aras dua tempat letak kereta bertingkat muzium.

Selain itu, orang awam dijemput untuk mempelajari sejarah Muzium Negara Singapura, bangunannya, galeri dan orang-orang yang bertugas di muzium selama ini melalui lawatan berpandu. Pengunjung juga boleh menikmati persembahan muzik secara 'live', dan juga aktiviti kraftangan.


Kafe sementara Halalfoodhunt akan dibuka pada:

Jumaat, 13 Oktober 2017: 5pm- 10pm
Sabtu, 14 Oktober 2017: 2pm-10pm
Ahad, 15 Oktober 2017: 10am-6pm


Sumber : BERITA Mediacorp/SM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan