Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Isu majlis perkahwinan Melayu sekarang: Diberi nafas baru ataupun penghakisan budaya?

Semakin banyak pembaharuan dan elemen-elemen yang unik kini diterapkan dalam majlis perkahwinan orang Melayu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Oct 2017 07:22PM Dikemas Kini : 19 Oct 2017 10:51AM

SINGAPURA: Semakin banyak pembaharuan dan elemen-elemen yang unik kini diterapkan dalam majlis perkahwinan orang Melayu.

Bolehkah ia diterima sebagai setakat bersuka ria atau apakah ia boleh dianggap satu pencemaran budaya? Adakah ia menyegarkan atau menjengkelkan?

Sedang kita akur citarasa generasi internet ini memang berbeza, sebahagian tokoh dan anggota masyarakat Melayu bimbang sekiranya ia membuat mereka lupa tentang budaya dan peradaban Melayu.

Mentelah lagi yang dipersoalkan kini adalah majlis perkahwinan yang secara lazimnya, kaya dengan tradisi dan adat istiadat.

"Banyak yang dah tidak ada, banyak yang dihilangkan, bukan hanya dalam majlisnya tetapi peradaban, peralatan, persiapan semua pun macam sudah diambil, yang tak perlu itu sudah dikikislah," kata seorang budayawan seni, Som Said.

Menurut Dian Ilyana Mokhtar, pemilik Mishka Wedding & Events sejak kebelakangan ini, hanya satu daripada setiap 20 majlis yang dikendalikannya menerapkan ciri-ciri kemelayuan.

Para pelanggannya rata-rata gemarkan tema yang kontemporari sungguhpun kedua-dua mempelai berbangsa Melayu.

"Kita pun ada pelanggan yang tak nak pelamin tapi dia nak 'arc' bunga sahaja dengan kain sedikit bunga. Ada yang dah tak nak kompang. Mereka rasa kompang itu terlalu berlebihan, terlalu bising.

"Mereka mahu mainkan lagu romantik bahasa Inggeris dan kalau anda masuk masuk majlis pun anda tidak rasa kemelayuannya," dedah Cik Dian Ilyana Mohd Mokhtar, pemilik Mishka Wedding & Events.

Isu tersebut dikupas secara mendalam dalam rancangan rancangan ehwal semasa, Detik, yang disiarkan pada Rabu 8.30 malam. Para penonton juga boleh mengikutinya di Toggle. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan