Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

IRAS: Pendapatan cukai S$44.8 bilion dikumpul pada tahun kewangan lalu

Jumlah pendapatan cukai yang diperolehi dari Tahun Kewangan 2015/2016 meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
IRAS: Pendapatan cukai S$44.8 bilion dikumpul pada tahun kewangan lalu

IRAS (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 30 Aug 2016 05:48PM Dikemas Kini : 30 Aug 2016 05:49PM

SINGAPURA: Jumlah pendapatan cukai yang diperolehi dari Tahun Kewangan 2015/2016 meningkat berbanding tahun sebelumnya, menurut Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (IRAS) dalam laporan tahunannya yang didedahkan hari ini (30 Ogos).

S$44.8 bilion yang dikumpul itu merupakan peningkatan 3.2 peratus berbanding tahun sebelumnya, tambah IRAS dalam kenyataan medianya.

Cukai pendapatan, yang terdiri daripada cukai pendapatan korporat, cukai pendapatan peribadi dan penangguhan cukai, naik 4.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, dan membentuk 55 peratus daripada pungutan IRAS.

Cukai pendapatan korporat dan peribadi masing-masing naik 3.3 peratus dan 3.4 peratus berbanding tahun kewangan sebelumnya, dedah laporan tersebut.

Pungutan bagi cukai hartanah naik 2.7 peratus kepada S$4.5 bilion sementara pungutan cukai setem kekal pada S$2.8 bilion.

Cukai pertaruhan yang diperolehi pada tahun kewangan yang lalu adalah S$2.7 bilion - 4.9 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, tambah IRAS.

Pembayar cukai di Singapura terus memfailkan dan membayar cukai mengikut tarikh yang ditetapkan, menyumbang kepada 96 peratus kadar pemfailan yang mengikut tarikh yang ditetapkan bagi para individu, dan kadar 82 peratus bagi syarikat-syarikat yang memfailkan cukai mengikut tarikh yang ditetapkan.

Mengenai pembayaran pula, pembayar cukai di Singapura juga bersikap bertanggungjawab, dengan 90 peratus pembayar cukai individu dan korporat membayar tepat pada masa, menurut IRAS.

IRAS juga menyatakan ia mengaudit dan menyiasat sekitar 11,450 pembayar cukai dan berhasil mendapat semula lebih S$411 juta dalam bentuk cukai dan denda pada tahun kewangan sebelumnya. 

Sumber : CNA/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan