Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inisiatif Ikrar SGSecure dilancar bagi pertingkat usaha penduduk lindungi negara

Gesaan agar penduduk berusaha lebih gigih untuk melindungi negara sedang ancaman pengganasan memuncak di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Jul 2017 08:20PM Dikemas Kini : 15 Jul 2017 11:00PM

SINGAPURA: Gesaan agar penduduk berusaha lebih gigih untuk melindungi negara sedang ancaman pengganasan memuncak di rantau ini.

Bagi mendapatkan para penduduk memainkan peranan itu, Persatuan Rakyat (PA) melancarkan inisiatif Ikrar SGSecure hari ini (15 Jul).

Ini merupakan satu simulasi serangan ganas pagi tadi di Holland Village- insiden yang boleh terjadi dalam kehidupan sebenar.

Di dalam situasi beginilah Ikrar SGSecure boleh diamalkan.

Para penduduk digalak mengikrarkan sokongan mereka kepada gerakan ini dengan sentiasa kekal berwaspada, melaporkan kegiatan mencurigakan kepada polis dan sedia membantu seandainya suatu keadaan kecemasan berlaku.

Paling penting sekali, menurut Menteri di Pejabat Menteri, Chan Chun Sing, mengekalkan keadaan sedia ada dan perpaduan sosial ekoran satu serangan merupakan barisan pertahanan yang genting.

"Terdapat banyak sekali perkara yang kita boleh lakukan secara individu atau bersama sebagai sebuah masyarakat. Lebih banyak kita mampu lakukan, lebih banyak kita boleh buktikan kepada bakal pengganas akan komitmen yang kita ada demi melindungi masyarakat kita dan kita akan tampil lebih teguh daripada semua ini," kata beliau. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan