Images
  • Halimah
    (Gambar: Gaya Chandramohan)

Inilah pendakian Halimah Yacob menuju ke jawatan tertinggi negara

SINGAPURA: Halimah Yacob dengan rasminya diisytihar sebagai Presiden Singapura yang kelapan hari ini (13 Sep). Ini bermakna beliau sekaligus merupakan Presiden Melayu kedua dalam tempoh lebih 40 tahun dan Presiden wanita pertama republik ini.

Sejak kali pertama diumumkan bahawa Pilihan Raya Presiden kali ini akan dikhususkan kepada calon dari masyarakat Melayu, banyak perkara tentang latar belakang beliau juga sudah disingkap dan dikongsi dengan rakyat Singapura.

Pengalaman membesar dalam keluarga yang susah banyak membentuk jati diri beliau sebagai seorang individu yang cekal dan berwawasan.

Selepas melahirkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini, bertubi-tubi soalan dan kritikan dilemparkan terhadapnya - baik mengenai latar belakang kaum mahupun tentang keupayaannya untuk bersikap tidak berat sebelah apabila menjadi ketua negara. Namun ia tidak sekali-kali mematahkan semangat beliau.

Ayuh soroti kehidupan dan pencapaian cemerlang beliau menerusi garis masa berikut... 


- BERITAMediacorp/nk

Top