Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Inilah panduan perkara-perkara yang perlu anda tahu sebelum mengubah suai kediaman

Menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) industri kontraktor ubah elok menerima hampir 1,300 aduan tahun lalu, melibatkan kontrak bernilai $14.26 juta.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAMediacorp: Menurut Persatuan Pengguna Singapura (CASE) industri kontraktor ubah elok menerima hampir 1,300 aduan tahun lalu, melibatkan kontrak bernilai $14.26 juta.

Lebih membimbangkan, purata jumlah yang dibelanjakan terus meningkat dengan para pelanggan membayar deposit tinggi - mendedahkan mereka kepada risiko pertikaian dan firma ubah elok lesap.

Apakah langkah yang perlu diambil pemilik jika mereka bercadang untuk mengubah elok rumah?

Berapakah anggaran kos untuk mengubah suai rumah?

Perkara-perkara sedemikian perlu pemilik tahu dahulu sebagai persediaan mendapatkan “rumah impian” mereka.

"Dengan adanya media sosial seperti Facebook dan Instagram, para pelanggan pada hari ini terdedah dengan pelbagai macam iklan serta pakej-pakej menarik yang ditawarkan oleh syarikat ubah elok. Namun begitu, pelanggan-pelanggan harus peka dan bijak dalam membuat keputusan sebelum menandatangani sesebuah kontrak dengan syarikat ubah elok itu iaitu mengambil kira bukan saja atas dasar harga yang murah ataupun tawaran-tawaran di luar jangkauan," jelas Encik Shaih Muhammad Rizal, Pengarah Urusan Altruistic Interior Pte Ltd.

Bahkan itulah itu yang berlaku kepada Encik Jae Woon Yusof Osman.

Disebabkan tidak memahami kontrak dan proses pembayaran yang mengelirukan, beliau kerugian lebih $20,000.

Lebih memilukan, hanya 30 peratus kerja ubah elok yang selesai dan Encik Yusof terpaksa mendapatkan khidmat syarikat yang baru.

"Selepas mereka memberikan kontrak, saya menandatangani tanpa membacanya dengan teliti. Saya sedar saya sebenarnya membayar harga seganda lebih mahal setelah saya tanya orang lain," kata beliau.

Menurut CASE, industri kontraktor ubah elok menduduki antara 10 tempat teratas dalam senarai aduan yang diterimanya sejak 10 tahun lalu.

Tahun lalu, industri itu dalam kedudukan keempat dalam senarai tersebut, dengan 1,269 kes aduan.

Kebanyakan aduan mengenai kegagalan memenuhi kehendak atau janji kontrak, diikuti dengan perkhidmatan tidak memuaskan.

CASE menyatakan pelanggan perlu menyemak kontraktor ubah elok pada senarai daftar HDB dan memastikan ia rekod prestasi baik.

Persatuan perusahaan kontraktor menyarankan para pelanggan tidak membayar wang pendahuluan melebihi 20 peratus nilai kontrak, bagi melindungi diri daripada kontraktor yang tidak bertanggungjawab.

Wadah online seperti Renopedia menyediakan portfolio syarikat-syarikat reka bentuk dan pereka hiasan dalaman di bawah satu bumbung.

"Nasihat saya adalah untuk membuat kajian sebelum bersetuju dengan pereka dalaman. Mereka mesti tahu dari segi profil syarikat, pentauliahan dan maklum balas awam. Mereka mesti tahu harga-harga pasaran. Berapa terlalu murah, berapa terlalu mahal," dedah Encuk Hassan Kamaruzaman, pengarah kreatif Renopedia. 

Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, para pelanggan membelanjakan $8.42 juta bagi kerja-kerja ubah elok dengan setiap kontrak bernilai $11,711.

Ini berbanding purata nilai kontrak yang ditandatangani tahun lalu sebanyak $11,237. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan