Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ingin tahu laman kegemaran, kegiatan online PM Lee Hsien Loong? Teruskan membaca...

Ia dikongsi di hadapan orang ramai daripada golongan pakar inovasi dan para gangguan teknologi, dan mendedahkan bahawa beliau memantau tindak balas orang ramai terhadap setiap perkara yang beliau muat naik.

Anggaran Waktu Membaca:
Ingin tahu laman kegemaran, kegiatan online PM Lee Hsien Loong? Teruskan membaca...

PM Lee Hsien Loong berucap di Camp Sequoia. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 26 Feb 2017 05:31PM Dikemas Kini : 26 Feb 2017 06:35PM

SINGAPURA: Dikenali sebagai pengguna media sosial yang aktif, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkongsi tabiat beliau apabila menggunakan internet.

Ia dikongsi di hadapan orang ramai daripada golongan pakar inovasi dan para gangguan teknologi, dan mendedahkan bahawa beliau memantau tindak balas orang ramai terhadap setiap perkara yang beliau muat naik.

Bercakap di satu sidang puncak teknologi tahunan semalam (24 Feb) yang dianjurkan firma modal usaha niaga Sequoia Capital India, Encik Lee ditanya mengenai laman online dan aplikasi kegemaran beliau.

Dalam responsnya, beliau berkata selain laman berita Singapura dan antarabangsa, beliau juga mengikuti laman fotografi, termasuk laman fotografi ilmu falak, dan blog-blog ahli matematik.

PM Lee lulus dari Universiti Cambridge dengan mendapat Ijazah Kepujian Kelas Pertama dalam jurusan Matematik pada tahun 1974.

GEMAR LAMAN FOTOGRAFI

Sebagai seorang yang gemar terhadap bidang fotografi, Encik Lee berkata beliau peminat laman fotografi.

"Anda mendapat ilham dengan melihat perkara yang dilakukan beliau, bagaimana mereka memetik gambar," ujar beliau.

Encik Lee juga menyebut aplikasi Kindle sebagai app yang kerap digunakan beliau.

Ini "kerana ia lebih mudah berbanding membawa buku ke mana-mana."

Mengenai kegiatan media sosial beliau, Encik Lee berkongsi bahawa akaun Facebook dan InstAgram beliau selalu dibuka di komputernya.

"Saya melihat apakah yang berlaku terhadap catatan saya, apa yang dikatakan orang ramai, dan jika kami perlu memberikan respons," tambah beliau.

"Ia amat berguna kerana tanpa media sosial, saya tidak akan dapat mendampingi sebahagian lapisan penting penduduk, tempatan dan luar negara. Ia juga sesuatu yang seronok, jika anda tidak menjadi ketagih dengannya," kongsi beliau lagi. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan