Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Indonesia kerahkan kapal KRI Usman Harun untuk bantu operasi mencari QZ8501

Indonesia mengerahkan kapal KRI Usman Harun untuk membantu usaha operasi mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang

Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia kerahkan kapal KRI Usman Harun untuk bantu operasi mencari QZ8501

Gambar fail kapal tentera KRI Usman Harun (GAMBAR: AFP)

Diterbitkan : 05 Jan 2015 11:20AM Dikemas Kini : 05 Jan 2015 12:15PM

Indonesia mengerahkan kapal KRI Usman Harun untuk membantu usaha operasi mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang dan kapal itu dilengkapi dengan keupayaan sonar dasar laut yang canggih.

Demikian menurut laporan Metro TV dan Republika.

Kedua-dua agensi berita itu turut melaporkan bahawa kapal korvet Bung Tomo itu dilengkapi dengan Sistem Sonar Dasar Laut Thales TMS 4130C1.

Kapal itu diberi nama KRI Usman Harun, bersempena nama 2 askar marin Indonesia, Usman Mohamed Ali dan Harun Said, yang mengebom Bangunan MacDonald di Singapura pada 1965.

Penamaan kapal itu telah mencetuskan ketegangan antara Singapura dan Indonesia pada Februari tahun lalu.

3 orang terbunuh dan 33 yang lain cedera dalam serangan berdarah itu.

Kedua-dua askar marin itu telah didapati bersalah dan dikenakan hukuman mati pada 1968.

Dalam kenyataannya mengenai pengerahan kapal KRI Usman Harun bagi membantu operasi mencari itu, Kementerian Pertahanan MINDEF menyatakan, Singapura menghulurkan bantuan bagi operasi mencari dan menyelamat di Indonesia itu menyusuli nahas yang menimpa pesawat AirAsia QZ8501.

MINDEF mengutuskan takziah yang mendalam kepada para keluarga penumpang dan anak kapal yang terkorban akibat nahas tersebut.

Angkatan Bersenjata Singapura SAF akan terus membantu usaha itu secara profesional. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan