Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Illya Natassia Abdul Manaf didenda S$2,500 kerana abaikan kucing peliharaannya

Seorang wanita berusia 23 tahun didenda selepas didapati bersalah mengabaikan kucing peliharaannya di Canberra Road. 

Anggaran Waktu Membaca:
Illya Natassia Abdul Manaf didenda S$2,500 kerana abaikan kucing peliharaannya

Seekor kucing diabaikan pemiliknya di tangga flat. (Gambar: AVA)

Diterbitkan : 21 Jun 2017 09:56PM Dikemas Kini : 21 Jun 2017 09:58PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 23 tahun didenda selepas didapati bersalah mengabaikan kucing peliharaannya di Canberra Road.

Menurut Penguasa Agromakanan dan Vertinar (AVA) dalam kenyataan media, Illya Natassia Bte Abdul Manaf didenda S$2,500 oleh mahkamah pada Rabu (21 Jun) atas tuduhan pengabaian haiwan peliharaannya itu.

Pada 10 Januari tahun ini, seorang awam menemui seekor kucing yang diabaikan di Canberra Road dan memberitahu AVA.

Berdekatan dengan kucing itu, terdapat beg kucing yang mempunyai maklumat peribadi tertuduh.

Illya Natassia disoal siasat dan mengaku bersalah mengabaikan kucingnya selepas pertikaian bersama keluarganya.

Kucing tersebut dimasukkan ke rumah baru dengan bantuan dari kumpulan kebajikan haiwan.

"AVA mengambil pandangan serius berhubung pengabaian haiwan peliharaan. Kami menyiasat semua maklum balas tentang pengabaian haiwan peliharaan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan di mana perlu," tegas AVA menerusi kenyataannya itu.

Pesalah kali pertama yang didapati bersalah mengabaikan haiwan peliharaan mereka boleh dipenjara sehingga setahun atau didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Walaupun AVA akan terus memastikan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil dan meningkatkan kesedaran tentang kebajikan haiwan, orang ramai boleh memainkan peranan mereka dengan bersikap waspada"

Orang ramai boleh melaporkan kes-kes pembuangan haiwan kepada AVA menerusi talian 24-jam, 1800-476-1600 atau laman webnya di www.ava.gov.sg. 

Sumber : Today/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan