Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ikhlas Bikers sumbang tenaga untuk bantu mangsa banjir Malaysia

Hampir 40 anggota kumpulan motor bergabung tenaga dengan 50 relawan masjid untuk memunggah barangan bantuan sumbangan orang ramai, selain menaja khidmat lori untuk tujuan itu.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Bantuan tempatan terus mencurah-curah bagi membantu para mangsa banjir buruk di Malaysia.

Kali ini, bantuan dihulurkan menerusi kerjasama antara pihak Masjid Mujahidin dan sebuah kumpulan motor, Ikhlas Bikers.

Ikhlas Bikers, pimpinan Ustaz Noorazmi Ulis, bekerjasama dengan para relawan masjid itu untuk membantu usaha menghantar barangan sumbangan orang ramai, ke Majlis Penyelaras Gabungan Badan NGO Melayu Johor di Kempas Malaysia, sebelum dihantar ke daerah dilanda banjir.

Hampir 40 anggota Ikhlas Bikers bergabung tenaga dengan 50 relawan masjid terseut untuk memunggah barangan bantuan, selain menaja khidmat lori untuk tujuan itu.

Sejak BERITA melaporkan daya usaha Masjid Mujahidin pada Rabu lalu, ia menerima banjiran sumbangan pakaian, yang ternyata kini tidak lagi diperlukan para mangsa banjir.

Namun, masjid itu masih menerima sumbangan air mineral, makanan kering seperti biskut, makanan dalam tin dan sebagainya, ubat-ubatan, lampin bayi pakai buang, tuala wanita, tuala mandi serta selimut, daripada orang ramai, sehingga Rabu ini.

Keprihatinan rakyat Singapura tidak boleh disangkal lagi, dengan begitu banyaknya usaha hasil inisiatif sendiri kumpulan dan badan tempatan untuk membantu jiran terdekat.

Sumber : BERITA Mediacorp/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan