Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

ICA nasihat elakkan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands awal pagi Khamis

Mereka yang merancang untuk ke Johor Bahru antara 12.00 tengah malam ini sehingga 2.00 pagi Khamis (16 Nov) disarankan untuk menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas.

Anggaran Waktu Membaca:
ICA nasihat elakkan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands awal pagi Khamis

Gambar fail pemeriksaan keselamatan di Pusat Pemeriksaan Woodlands. (Gambar: Melissa Zhu)

Diterbitkan : 15 Nov 2017 10:33PM Dikemas Kini : 15 Nov 2017 10:41PM

SINGAPURA: Mereka yang merancang untuk ke Johor Bahru antara 12.00 tengah malam ini sehingga 2.00 pagi Khamis (16 Nov) disarankan untuk menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Ini kerana Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar akan tutup buat sementara waktu kerana ia akan mengadakan latihan keselamatan, menurut ICA dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini (15 Nov).

"ICA maklumkan, Jabatan Polis Selatan Johor Bahru akan mengadakan latihan keselamatan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Kompleks CIQ dan Johor Bahru Sentral semasa tempoh ini. Dengan itu, Kompleks BSI CIQ akan tutup buat sementara waktu sehingga latihan itu berakhir," menurutnya.

ICA menasihati orang ramai untuk merancang perjalanan mereka jika mereka menggunakan Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Khamis, dari 12.00 tengah malam sehingga 2.00 pagi. Mereka yang perlu melepasi pusat pemeriksaan tersebut disarankan untuk menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan