Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HPB sasarkan jualan mi bijirin naik 10% menjelang 2020

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menetapkan sasaran untuk memastikan mi yang dibuat daripada bijirin yang belum diproses, lebih mudah didapati oleh orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Dec 2017 08:08PM Dikemas Kini : 12 Dec 2017 10:39PM

SINGAPURA: Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) menetapkan sasaran untuk memastikan mi yang dibuat daripada bijirin yang belum diproses, lebih mudah didapati oleh orang ramai.

HPB mahu menambah kadar penjualan mi "wholegrain" yang lebih sihat itu naik kepada 10 peratus menjelang 2020 berbanding 2 peratus sekarang.

Bagi syarikat seperti Leong Guan Food Manufacturer, menghasilkan mi "wholegrain" yang lazat bukanlah masalah yang besar berbanding usaha meyakinkan kedai-kedai makanan supaya menggunakan mi sedemikian.

Ia adalah satu daripada 10 syarikat yang berjaya dalam permohonan di bawah Skim Pembangunan Bahan-Bahan Lebih Sihat.

Bernilai $20 juta, skim itu dimulakan awal tahun ini.

Setakat ini sekitar $5 juta sudahpun diagihkan kepada syarikat-syarikat tersebut untuk menghasilkan dan memasarkan minyak, beras atau mi yang lebih sihat.

Selanjutnya, HPB merancang untuk mendekati kedai-kedai F&B melalui Program Makan Lebih Sihat awal tahun depan.

Ini bagi membantu para peruncit untuk menjual juadah yang lebih sihat.

Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan