Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HPB berusaha untuk sediakan pilihan makanan lebih sihat bagi kanak-kanak di sekolah

HPB sedang berusaha untuk menyediakan pilihan makanan lebih sihat bagi kanak-kanak di sekolah

Anggaran Waktu Membaca:
HPB berusaha untuk sediakan pilihan makanan lebih sihat bagi kanak-kanak di sekolah
Diterbitkan : 13 Mar 2015 01:47PM Dikemas Kini : 13 Mar 2015 04:11PM

SINGAPURA: Seorang daripada setiap 5 pelajar sekolah menengah makan sekurang-kurangnya 2 sajian buah-buahan dan sayuran setiap hari.

Namun, 3 daripada setiap 4 pelajar mengambil minuman bergula setiap hari.

Maka itu, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) sedang berusaha untuk menyediakan pilihan makanan lebih sihat bagi kanak-kanak di sekolah.

Berkata demikian di Parlimen semalam, Profesor Madya Faishal Ibrahim berkata, HPB telah bekerjasama dengan sekolah-sekolah dan institusi pendidikan pos-menangah dalam hal ini.

Gerai-gerai makanan di sekolah digalak supaya menambah sayuran dan buah-buahan di dalam menu mereka, serta mengurangkan kuah dan makanan yang digoreng.

Beliau menambah, HPB juga akan menghubungkan pihak pembekal dengan penjual kantin untuk menawarkan nasi, mi dan roti yang mengandungi lebih serat dan minyak yang lebih sihat.

Hanya minuman yang mempunyai simbol Pilihan Lebih Sihat akan dibenarkan dijual di sekolah, dan HPB bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mengurangkan kandungan gula dalam minuman yang dijual di kedai-kedai minuman dan mesin yang menjual minuman ringan.

Ia merancang untuk menjalankan kerjasama dengan semua sekolah menjelang 1 Januari. 

Sumber : CNA/ag
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan