Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hopital Besar Changi, Hospital Masyarakat St Andrew's manfaat teknologi tingkat proses kerja

Hospital-hospital di negara ini sedang meneroka pelbagai kaedah inovatif untuk meningkatkan daya penghasilan dan memendekkan tempoh proses rawatan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Dec 2017 09:41PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 10:04PM

SINGAPURA: Dari 30 minit kepada kurang daripada 30 saat sahaja.

Begitulah cepatnya sesuatu luka dapat dianalisis menggunakan teknologi perubatan baru Kronikare, yang kini diuji di Hospital Masyarakat St Andrew's.

Hospital-hospital di negara ini sedang meneroka pelbagai kaedah inovatif untuk meningkatkan daya penghasilan dan memendekkan tempoh proses rawatan.

Teknologi perubatan baru KroniKare menggunakan telefon bijak yang dipasang kamera haba untuk menganalisis luka dalam masa hanya beberapa saat.

Maklumatnya juga boleh dimuat naik ke dalam profil pesakit untuk memastikan jagaan berterusan apabila pesakit dibenarkan pulang ke rumah.

Ini hanyalah satu daripada lapan teknologi yang diterapkan di Hospital Besar Changi (CGH) dan Hospital Masyarakat St Andrew's (SACH) untuk meningkatkan kecekapan proses kerja.

Yang lain, seperti Gait Robot boleh menilai gaya jalan pesakit, meramalkan risiko pesakit jatuh dan membetulkan pergerakan dengan amat cepat.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata, perbelanjaan bagi penjagaan kesihatan dijangka meningkat daripada sekitar $10 bilion tahun lalu 2016, kepada $13 bilion dalam tahun 2020.

"Dalam konteks keadaan pertumbuhan tenaga kerja kita yang semakin perlahan, keupayaan mencipta semula proses-proses, menggunakan teknologi, menghubungkan fungsi-fungsi agar kesemua rangkaian nilai boleh diperhalusi adalah penting," kata Encik Heng.

Bagaimanapun meningkatnya penggunaan teknologi tidak bermakna berkurangnya sentuhan insani mahupun pekerjaan bagi penduduk.

Ini memandangkan para pekerja jagaan kesihatan sentiasa dipertingkat kemahiran mereka menerusi bengkel-bengkel reka bentuk.

CGH menyatakan, para pesakit juga mengalu-alukan penggunaan teknologi dalam persekitaran hospital sedang lebih banyak robot mesra khidmat digunakan. 

Sumber : CNA/RL/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan