Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Heng Swee Keat terajui Majlis Ekonomi Masa Hadapan; laksanakan saranan CFE

Majlis Ekonomi Masa Hadapan akan menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan saranan-saranan yang diusulkan oleh Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) bagi merubah ekonomi Singapura dan mencipta pekerjaan baru, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Buruh pada Isnin (1 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 May 2017 01:01PM Dikemas Kini : 01 May 2017 11:32PM

SINGAPURA: Majlis Ekonomi Masa Hadapan akan menggalas tanggungjawab untuk melaksanakan saranan-saranan yang diusulkan oleh Jawatankuasa Ekonomi Masa Hadapan (CFE) bagi merubah ekonomi Singapura dan mencipta pekerjaan baru, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Buruh pada Isnin (1 Mei).

Majlis yang dinamakan semula itu akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat. Beliau akan berganding bahu dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan) S Iswaran, Ketua Buruh dan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) Ong Ye Kung, dan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong.

Menteri-menteri lain dan menteri-menteri negara - "terutama sekali yang lebih muda" - juga akan dilibatkan bagi menyumbang kepada "usaha strategik" ini, kata Encik Lee.

"Ia adalah satu perubahan besar-besaran, yang akan mengambil masa dan akan menjangkaui penggal pemerintah ini. Ia adalah satu peluang untuk mereka saling bekerjasama sebagai sebuah pasukan, mengukuhkan ikatan dengan para majikan dan kesatuan, dan mengukuhkan hubungan antara satu sama lain, dan menunjukkan keupayaan mereka kepada rakyat Singapura," menurutnya.

Majlis tersebut, yang sebelum ini dikenali sebagail Majlis bagi Kemahiran, Inovasi dan Daya Penghasilan, diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Penyelaras bagi Ekonomi dan Dasar Sosial Tharman Shanmugaratnam, yang memimpin inisiatif SkillsFuture.

Ia pertama kali ditubuhkan pada bulan Mei tahun lalu untuk melanjutkan usaha Majlis SkillsFuture dan Majlis Daya Penghasilan Negara.

Sejak ia dirasmikan, majlis tersebut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan kemahiran bagi masa hadapan dan menyokong pertumbuhan ekonomi yang berpandukan daya penghasilan dengan melaksanakan Program Perubahan Industri yang diumumkan dalam Belanjawan 2016.

Pelan-pelan tersebut adalah saranan-saranan utama CFE, yang diterajui oleh Encik Heng dan Encik Iswaran.

Memandangkan CFE sudahpun menyiapkan laporannya, Encik Heng akan mengambil alih bahagian yang melaksanakan perubahan tersebut, kata Encik Lee.

"Generasi pemimpin inilah yang akan bekerjasama dengan rakyat Singapura untuk terus membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi," menurut Encik Lee kepada sekitar 1,800 pemimpin gerakan buruh di Rapat Hari Buruh.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan