Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

HDB meterai kontrak $5.3j untuk kaji teknologi bijak bagi estet perumahan

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang membuat kajian tentang bagaimana alat deria bijak dan kaedah analitik boleh meningkatkan perkhidmatan di estet-estet perumahan.

Anggaran Waktu Membaca:
HDB meterai kontrak $5.3j untuk kaji teknologi bijak bagi estet perumahan

Flat HDB di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 29 Jun 2017 06:22PM Dikemas Kini : 29 Jun 2017 06:25PM

SINGAPURA: Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sedang membuat kajian tentang bagaimana alat deria bijak dan kaedah analitik boleh meningkatkan perkhidmatan di estet-estet perumahan.

Sebagai contoh, ia akan meneroka bagaimana untuk mengumpulkan jumlah data perbandaran yang besar ke sebuah wadah pusat, serta mengukuhkan teknologi ramalan yang sedia ada untuk meningkatkan penyelenggaraan estet.

Dalam kes penyelenggaraan lif, masalah yang mungkin boleh berlaku lebih baik dikesan dengan menggunakan data yang dikumpulkan dari komponen lif berkenaan secara individu.

Itulah antara huraian-huraian bijak yang sedang dikaji, sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelidikan $5.3 juta yang ditandatangani pada hari Khamis (29 Jun), bersama Kolej Imperial London dan Institut Kajian Infokom A*STAR.

"Perkhidmatan estet membentuk tulang belakang mana-mana bandar kediaman ... Keupayaan untuk memantau perkhidmatan-perkhidmatan ini secara selari (real-time) dapat mengubah cara estet-estet ini dikekalkan," kata Ketua Pegawai Eksekutif HDB, Cheong Koon Hean.

HDB menyatakan, program penyelidikan itu adalah sebahagian daripada "Rangka Kerja Bandar Bijak HDB" yang memaparkan bagaimana HDB akan mewujudkan "bandar yang baik untuk didiami, cekap, mampan dan selamat untuk penduduk".

Di bawah rangka kerja tersebut yang sudah dikemaskinikan, HDB juga akan mengkaji bagaimana data terkumpul tentang demografi, trend sosial, dan pilihan gaya hidup, boleh digunakan untuk lebih memahami keperluan penduduk dan aplikasi-aplikasi bijak yang dapat dibangunkan untuk merapatkan lagi penduduk.

Sumber : CNA/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan