Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Hari Raya datang awal: 800 penduduk Woodlands terima ketupat dan rendang percuma

Para sukarelawan juga menyediakan hidangan rendang ayam versi yang lebih sihat - menggunakan ayam tanpa kulit, kurang minyak dan juga santan. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menyebarkan "Kemesraan Ramadan" - masyarakat di Woodlands hari ini (22 Jun) bergotong royong untuk menyiapkan hidangan ketupat rendang bagi sekitar 800 penduduk di kawasan itu.

Istimewanya - hidangan itu disiapkan dengan cara lebih sihat.

Persiapan menganyam dan merebus ketupat sudah dimulakan sejak 11.00 pagi tadi.

Para sukarelawan juga menyediakan hidangan rendang ayam versi yang lebih sihat - menggunakan ayam tanpa kulit, kurang minyak dan juga santan.

Ini bagi meningkatkan kesedaran ramai tentang cara mengelak penyakit kencing manis yang dijangka menjejas sehingga sejuta penduduk menjelang 2050.

Selaras dengan itu, satu demo memasak secara sihat juga diadakan, selain pengagihan buku resipi makanan sihat yang diterbitkan oleh HPB.  

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan